Monday, June 24, 2013

takdir penentu :)

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah,
peperiksaan akhir sebagai pelajar Tahun3 Perubatan Universiti Zagazig telah berakhir :)
hari ni field training Parasite,Cairo dan Alexandria..InshaAllah :)

siapa sedar, masa berlalu tidak tunggu siapa-siapa..
Tahun3 berakhir, pernah terfikir untuk sampai tahap ini? Tidak xD

usai menjawab, semua orang pesan berdoa banyak-banyak,hehe..Tidak tahu kenapa tuan punya diri ini ketawa di hujung ayat itu..Mungkin belum sampai tahap redha akan jawapan,Allah..

Cepatlah sampai rasa itu, rasa redha akan jawapan peperiksaan dan tawakal yang menggunung terhadapNya :) inshaAllah..

maka, biar soalan ikhlas berdoa itu mati di sana..

Tiap hambaNya punya rahsia teragung antara hamba dan penciptaNya..
IKHLAS :)

ada video mahu dikongsi :)
janji wajib ditunaikan..
janji makan tepat waktu dan banyak lagi berkhasiat,haha..
janji jangan buang video ini untuk disemadikan di entry ini :p


semoga ketua saya sukses selalu :) majulah Exco Sukan SISWA AQ Sesi 2012/13, yeay!!

janji ditepati,yeay!! excited tiba2,haha..Am proud of my boss for challenging himself to made this video and submit it :)
penat tau balik-balik tanya bila mau submit :p haha..

mungkin ini entry terakhir..
sebelum pulang ke kampung halaman,ceh..
sebelum masuk Tahun4,ameeeeeennnnnnn!!!! ^_^

banyak berlaku tahun pengajian kali ini..
semua membawa hikmah..
suka dan duka..semua kita simpan jadi kenangan,ya? :)
anggap semua tu ujian,Dia bagi susah atau senang..dua-dua tu ujian :)

akhir sekali,ucapan Hari Kelahiran untuk sahabat yang tidak pernah bersua dan tidak akan bersua di dunia ini..
Hidayah, indah nama tu macam indah peribadinya :)
semoga tenang di sana,inshaAllah..
dan terima kasih sebab buat kawan kita tu jadi a better man..
terima kasih Hidayah,al-Fatihah untukmu :)
dan takdir penentu, saya rasa amazing akan takdir buat pertama kalinya :)
terima kasih ^_^

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya):"Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidak benarlah apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

baiklah, mengundur diri..andai ini terakhir, mohon Dia redha :)

Saturday, May 11, 2013

dari Dia kepada Dia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh (^_^)v

pernah terfikir,kenapa begitu dan bukan begini?
pernah terfikir,bagaimana nanti?

kenapa Dayah yang di sana? Kenapa bukan saya? Kenapa di sini?
bilamana Dayah pernah cakap sendiri kepada tuan punya diri ini..
"dik,nasib baik ko nda pigi..kalau ko pigi,nda la ak dapat ALAM ni.."

bila dapat peluang kedua, kali ni lagi dekat. Tinggal bagi kata ucapan persetujuan, dan mimpi jadi kenyataan. Mimpi pertama pernah ada dalam diri sejak tahu apa makna cita-cita sebenarnya.
bila sahabat bertanya,
"Sha,ko nda kena call siapa-siapa?YS call aku tadi suruh datang pejabat dorang untuk temuduga. Ko nda kena call?"
"xda tau. Ko la tu dapat tu. Jawab bagus2 ar.."
dan bila sebenarnya, tuan punya diri dapat panggilan seminggu sebelum itu lagi.

bila kita rasa kita takut untuk hadapi satu hari tu, di mana kita akan jumpa sesuatu yang kita lari selama ni. Yang kita rasa kita kuat, tapi ragu-ragu tu ada. Takut sampai hari tu, kita jatuh tesungkur menangis dan sedar kita sebenarnya selama ni buat-buat kuat. TAKUT.

"ada sebab kenapa Dia letak Shasha di situ"

bila kita sangka semua benda di dunia ni, sangat la disayangi, sangatlah diharapkan. 
Tiba-tiba datang satu peringatan dari satu sumber, mengingatkan tuan punya diri.

"setiap yang ada ni Allah yang punya. Dia bagi, nanti Dia ambil balik. Mungkin semalam orang tu ada, tapi kalau hari ini dia tiada, menjauh, Allah berhak buat begitu. Sebab itu bukan hak milik kita sebenarnya pun."
bila sedar telefon bimbit SamsungW yang bergetah sebab bateri kembung tu, bukan hak milik tuan punya diri pun, tapi sebenarnya milik Dia :') banyak lagi sebenarnya. Si dia yang diingat selalu tu pun ternyata la bukan milik tuan punya diri #checkmate 

ya Allah,
untuk hari ini,
untuk hari semalam,
untuk hari yang dulu,
untuk masa-masa riang ketawa gembira,
untuk jurang masa yang belum tahu sampai bila,
tuan punya diri mohon,
mereka yang disayangi,
dalam lindunganMu sentiasa.
AMIN 

untuk hari ini, inshaAllah untuk kemudian nanti ^_^

Grab A Button

Lilypie Kids Birthday tickers