Wednesday, July 27, 2011

Day 01 of 50days - new quest..

As salam (^_^)v

lama xda entry kan?let me spill it out today..sepa xsabar mmbaca,silalah out dulu..hehe..

result kluar suda kelmarin..
mine?hurm..
patutkah sy bersedih bhari2 mengenangkan result itu..
what u give,u got back..
betul org cakap..
"ada hikmah disebaliknya.."
"Allah knows da BEST.."
"u can do it sha.."

easy said than done kan?
bkn jak said,utk dterima pun sma juga..
yea~~I may b ok n accept wat pple said to me..
but I can't deny..
at times I'm alone,I may b fragile n forgot it n falling back..
huh~~
It's been a tough day yesterday..
a lot of tears falling like river..
bukan juga sedih apa..
terharu sma msg2 dr kawan2..sangat2..
trima kasih sahabat2..
at times like dat,we know who our real frens are..

Tp starting point dia masa call abah drumah..
abah,dat would b my 3rd time crying in front of u in my whole lifetime..huhu
sori bah..I didn't meant to let u down..
mama...
ma,sy tw mama kecewa..didn't want to talk to me??
masa abah ckp mama sibuk packing,I know it..
mama mmg patut kecewa pun..
3rd time I let u down,didn't I?
mama n abah..
xtw apa mw ckp klu jumpa kamu nnt..
sori jak mampu sy cakap..

I might cry..
n cry again in these coming days..
n I reli hope..
there is sum1 or few pple who still have faith with me..
who still blieve I can do it..
mama n abah,pliz dun give up on me yet..
cuz at this state,if u ask me to quit..
I WON'T!!!!
cuz I found my passion in medic already..
like it here..
n I will make it here till the end no matter wat hardship will follow after diz..
I only hope for ur faith in me to do it..
okey??

erm,pasal rumah la pla..
alhamdulillah dpt suda ruma..hehe..
tp blum akad lg..
inshaAllah 1 Ogos ni dorg p akad..
n myb my stuffs nnt pas balik cni baru angkat..
dorg parang n kak erda n hajar la dlu angkat barang2 dorg..
reli hope for dat room beside da toilet..haha..
tp parang bilang dia mw yg itu..
klu x,yg sna sblah dapur la..
xpun mana2 jak la,hehe..
smoga dipermudahkan urusan kami maw pindah rumah.. (^_^)v

next is my journey home..
esok p cairo sama libau..maybe uja pun ikut,maybe..
jumpa mici kejap esok,yeay!!
esok malam on flight suda p Jordan then p KLIA..
then stay one nite d KLIA..
stadi la nmpknya all da journey..
1 week 1 book..misi 2,inshaAllah ^^
tp before 2 mw tukar tiket balik cni lg..
myb 10 Sept balik sda cni..
yup,I choose dat date..
ada kwn,xda kwn..inshaAllah survive jg 2 ^^

huh~~my first day of 50days quest should start..
tp ni bru brapa page,adoi~~
inshaAllah nnt btmbh la page ni,hehe..
kinda sad msa start mencoret td..nsib skng ok jg..

ya Allah,sangat sangat besyukur atas nikmatmu..sahabat2 n mereka2 yang care n support saya..
I reli can't ask for more from YOU than support like them..
syukran ya Allah..
andai ini dugaan,dan ada hikmah besar disebaliknya..tunjukkanlah ya Allah..
dan andai ini terbaik untukku,bantulah ak untuk mengharunginya..
syukran ya Allah for all diz..

~ lots of love, shasha ~

Friday, June 17, 2011

Ukhuwah kita~~

As salam (^_^)v

copy paste jak ni sbnrnya..kwn kc bca from diz one page..kinda interesting la ayat pmpuan ni..or llk..dunno..myb pmpuaan..i wish evry single woman think like diz..in case da guy take action like dat..yeah,at least think positive kan??llk 2 buat utk kbaikan kot..bkn utk bwk msuk neraka..

Masih terkenang sewaktu ukhuwwah pertama kali datang menjemput kita bertandang ke kamarnya. Itu suatu waktu yang lama dahulu. Waktu itu hingus kering masih terpalit di pipi. Parut luka lama masih bernanah di lutut, di siku. Dan awak masih terasa jijik untuk mendekati. Hmm . . . waktu itu fikiran ini masih kosong dari sebarang pengertian. Waktu itu kita masih tidak dapat menggambarkan macamana corak yang akan terhasil dari jalinan ukhuwwah ini. Hanya Tuhan yang tahu dan hanya kepada-Nya kita berserah.

Betapa fikiran ini jahil pada waktu itu. Tetapi apa bezanya dengan sekarang? Rasanya kejahilan itu masih lagi subur menghijau dan tidak mahu layu. Itulah kelemahannya. Itulah kepincangannya. Dan sekiranya satu hukuman perlu dijatuhkan kerana kepincangan itu, maka hanya keredhaan yang layak buat diri ini.

Waktu itu diri ini tidak mengerti apa yang tersirat di fikiran awak. Malah sehingga detik-detik terakhir inipun diri ini masih tidak mampu untuk membaca apa tindakan awak berikutnya, sehinggalah . . .

Mungkin bagi diri ini ukhuwwah ini adalah yang biasa-biasa. Entahlah, mungkin pada waktu itu awak sedang mencari sesuatu yang luar biasa di sebalik ukhuwwah ini. Dan apakah awak telah menjumpainya? Setahu diri ini, jiwa ini tidak memiliki apa yang awak cari. Sesuatu yang awak tahu tidak mungkin wujud dari awal lagi. Dan awak bukannya tidak pernah dimaklumkan tentang hakikat ini.

Sekiranya awak hendak tahu perasaan diri ini, maka ketahuilah yang kemarahan adalah istilah yang sebaik-baiknya. Kerana awak telah menodai ukhuwwah yang pada asalnya suci dan ikhlas dengan perasaan . . .

Sekian lama diri ini memendamkan perasaan demi menjaga ukhuwwah ini. Setiap ketika berhati-hati menjaga kata, menjaga santun agar tidak mencalar walau sehiris hati awak yang rapuh itu. Tetapi nampaknya diri ini masih lagi gagal. Itulah pengorbanan yang diri ini harus hadapi yang jika pada pandangan awak nampak seperti suatu sikap yang angkuh serta mementingkan diri, maka terpulanglah. Setiap orang berhak mempunyai pandangan masing-masing. Pandangan awak adalah hak awak, diri ini tidak akan mencabarnya. Jika setiap usaha diri ini yang secara ikhlasnya berniat untuk membina jati diri serta semangat kental dalam jiwa awak itu sebagai suatu usaha yang sia-sia, maka biarlah begitu. Biarlah diri ini berdiam diri sahaja dari terus manyakitkan hati awak.

Setelah waktu saban berlabuh, ketika cahaya senja menyerlahkan segala kedutan di dalam jalinan ukhuwwah ini, maka terlihatlah keganjilan itu. Dan sememangnya ia ganjil. Jika itulah istilah yang ingin dipakaikan. Dan mulalah kebencian membisikkan kata-kata nista, menjadi racun yang menyerap perlahan ke dalam setiap bebenang. Mencakar dan merobek jalinan ini. Dan akhirnya ia akan rabak. Tiada lagi kesan yang akan tertinggal. Apakah itu yang awak mahu lihat terjadi akhirnya?

Diri ini masih percaya bahawa Tuhan telah mendekatkan hati kita untuk satu tujuan. Diri ini masih lagi tercari-cari apakah tujuan itu. Mungkinkah ada satu pengertian di sebalik semua ini? Setidak-tidaknya ia telah mengeratkan silaturrahim antara diri ini dengan Tuhan yang Maha Pencipta. Moga-moga begitulah juga dengan awak. Jika tidak kerana pencarian ini, telah lama tempat ini akan diri ini tinggalkan.

Namun andainya awak sudah tidak nampak sebarang kepentingan lagi pada ukhuwwah ini dan memutuskan untuk mengakhirinya, maka terpulanglah. Andainya kehadirandiri ini hanya akan menambahkan kesakitan serta kebencian pada hati awak, maka tinggalkanlah. Andainya pada pandangan awak diri ini sama seperti mereka yang pernah singgah di hati awak hanya untuk menjadi parasit yang kerjanya hanya mencekik darah, maka hapuskanlah sahaja diri ini dari ingatan awak. Buatlah apa sahaja asalkan kedamaian hati yang awak cari itu menjadi milik awak akhirnya.

Diri ini tidak berniat untuk menganiayai sesiapa. Tidak pernah terlintas langsung di hati ini untuk menghukum dan menjadikan awak sebagai mangsa. Biarlah diri ini sahaja yang teraniaya dan terus menjadi mangsa keadaan. Dan mangsa di tempat kejadian.

Sebelum diri ini hulurkan salam terakhir, ketahuilah bahawa tiada kata-kata cela yang hendak diri ini lontarkan kepada awak kerana awak adalah seorang insan yang ikhlas, berhati cekal, bersemangat kental dan berazam tinggi. Mudah-mudahan awak sentiasa berada di dalam limpahan rahmat Allah. Semua dosa awak terhadap diri ini, sekiranya ada, telahpun dimaafkan. Dengan itu, awak akan sentiasa dirindui di dalam sunyi. Awak akan sentiasa disayangi di dalam sunyi. Di hati ini. Hanya satu permintaan: Jangan nodai sesuatu ukhuwwah itu dengan perasaan cinta sehinggalah Allah meredhainya.

Di ambang hari kesepuluh Zulhijjah ini, izinkan diri ini memohon ampun dan maaf zahir dan batin serta izinkan diri ini minta diri dahulu. Rasanya seperti inilah kali terakhir kamar ukhuwwah ini akan diri ini jejaki. Mungkin tiada lagi kunjungan selepas ini. Dan akhir sekali terimalah Assalamu'alaikum.


© Zulhijjah 1431

mls mw cmment panjang2..smoga bg kbaikan utk smua org.. ^^

~ lots of love, shasha ~

Grab A Button

Lilypie Kids Birthday tickers