Sunday, March 29, 2015

9 Jamadil Akhir 1436H

usaha tangga kejayaan katanya, usaha la untuk dunia dan akhirat kalau macamtu :) nda senang memang tangga dia, tapi saya janji berbaloi, inshaAllah.

hari Rabu di tahum pertama,
15minit sebelum Histology,
kau kira ku berikan buku,
rupanya kek coklat dan monumen Burj alArab muncul bersamaku.

hari Jumaat di tahun kedua,  
3jam perjalanan setelah malam sirna,
tepi laut Iskandariah,
musim bunga panas suam-suam kuku,
jambatan Stanely jadi saksi,
kek oren dan nasi himpit kuah kacang keinginanmu,
aku sedar diriku keras kepala,
asal ku lihat kau gembira.

hari Sabtu di tahun ketiga,
bukan Pooh tapi Garfield,
kau lupa tapi ku ingat katamu,
tentang iklan kek di Instagram itu dulu,
bakul hadiah yang ku kira terbaik untukmu isinya,
dunia dan akhirat inshaAllah.

di suatu hari pada bulan Mac di tahun keempat,
lewat bungkusan dari sahabat,
sunah potong kuku setiap Jumaat,
ayuh kita menjadi doktor ummah yang bermanfaat,
andai kau mengerti maksud kirimanku waktu itu sahabat.

tahun kelima ku sediakan ini,
kiranya kau tidak mampu membaca ini,
I will see you when He let me,
ku percaya Dia punya rencana,
tahu kau juga percayakan Dia.

siapa engkau untuk diingat sebegini indah?
punya makna tidak untuk akhiratku kelak?
bukan maksud untuk berkira,
ku ingin mencoret rasa gembiraku bersamamu,   
ku telaah maksud hidup dariNya,
kau punya signifikasi sahabat,
ku harap Dia menjagamu selalu, 
memberi hidupmu seindah taman,
dan syurga untuk kita bersama kelak.




Happy 23rd, sahabat ^_^
Fi amanillah, Rabbuna ma3ak, Rabbuna yusahil.


Saturday, March 28, 2015

ucapan selamat

STEP3 event from my point of view :)

selamat malam,
harapku cuma satu,
keterlaluan yang terlalu,
ucapan darimu sayangku,
yang tersayang.

apakah mahuku?
tenang dalam bahtera mimpi?
berlayar masuk ke mimpimu?
gelojoh sungguh hatiku bukan?

rupanya aku terleka,
hati terikat kepada dunia,
bahagia yang sementara,
sungguh aku terpana,
setelah ku singkap makna penantianku.

baca doa,
mesej abah,
"tidur la, gudnite"
dan Tuhan Maha Tahu,
sayang yang ku tunggu belum sampai masanya,
sayang raja hidupku belum habis ku hayati,
sayang dariNya juga yg ada sejak azali.


Thursday, March 26, 2015

Hidup seperti hidup.

Masriya Palaza, trough my kind of perspective :)

Katamu tidak mahu punya penyesalan,
Hingga Tuhan bentangkan bukti,
Bahawa takdir hidup kita empunya Dia,
Yang telah pergi redhakanlah,
Yang masih ada,
Ayuh hidup bersungguh.
Asal kau celik mata,
Dia punya hukum,
Jangan kau langgar.


Grab A Button

Lilypie Kids Birthday tickers