Ucapan maaf itu masih terngiang di telinga,
bayang terakhir itu masih dilihat di tubir mata,
dan airmata gugur bagai tiada henti,
tengah hari bawah panas terik matahari.
Aku sangka perpisahan normalnya punya formula sama,
bawah rintik hujan sembunyi riak duka di wajah,
hawa udara sesejuk hutan tropikal,
seakan mengerti rasa hati saat itu.
Pernahkah kau rasa?
berpisah di luar formula biasa,
percayalah,
tiada lagu cinta duka mampu memaknakan rasa hari itu.
Kerana di dunia tiada yang abadi,
kerana sebuah perpisahan membawa kepada permulaan yang baru,
kerana apa yang ada ini itulah harapan kita,
kerana tidak semua yang diingini harus dimiliki,
kerana setiap kata-kata pesanan mereka itu harus aku akui,
benar walau pedihnya menular.
Nama itu sering aku seru tanpa sedar,
sekali dua juga dia muncul dalam mimpi tanpa sebab,
lagu-lagu cinta seakan memerli aku memancing cerita tentang dia,
dan sekali lagi,
rasa hari panas terik itu menerjah pantas mengalir lagi airmata.
Kita di bawah bumbung langit yang sama,
menyaksikan matahari dan bulan yang sama,
bezanya cuma kau tidak lagi di sini,
maka ini pengakuan terlewatku,
diteguhkan hati berikrar untuk melepaskan semuanya,
spastik otot muka mengukir senyum saban hari,
basah lisan menuturkan doa terbaik tanpa henti,
kuat pasak percaya kepada Yang Maha Esa.
Dan kesekian kalinya lagi,
hati membisik namamu tanpa sedar.
-050515-
p/s: Proudly congratulating my dentist of my life for finishing their BDS. I cried a lot already. Tears of happiness for their achievement. Also tears of thinking my coming years without them. Motivation, study smart n hard, graduate and join them in Malaysia, soon inshaAllah. XOXO Atul n Mici.
No comments:
Post a Comment