Friday, October 13, 2017

Trip GoGoGo: Adegan 1

ISTANBUL, TURKEY

25 – 27 January 2017 (3 days, 2 nights)

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga kami tidak sesat, aminnnnn xD

Inbound flight

Cairo – Istanbul (25 January 2017)
CAI - ATH (Aegan 931) 04:50-06:50 (2h)
ATH - IST (Aegan 990) 07:35-09:55 (1h 20m)
*Booked online from Aegean Airlines website
*includes meals (according to your choice during booking) and check-in luggage

Outbound flight
Istanbul – Bucharest (27 January 2017)
️ SAW - OTP (Pegasus 761) 16:55-17:15 (1h 20m)
*Booked online from Pegasus website
*no meals, didn’t add on check-in luggage but travelling backpack would be fine into the cabin

Accomodation
AirBnB 25-27 Januari
Landmark: Cankurtaran Mini Market, Sultanahmet
Phone: +905349236191
*RM238 for 2 nights
*booked trough AirBnB app
*paid trough online banking
*comfortable, near to Blue Mosque.

Activities
25 January 2017, Wednesday
·         Inbound flight
·         Explore Istanbul, Turkey
·         Overnight Istanbul

26 January 2017, Thursday
·        Explore Istanbul, Turkey
·        Overnight Istanbul

27 January 2017, Friday
·        Explore Istanbul, Turkey
·        To Sabiha Gokcen Airport (Start journey around noon)
·        From Eminonu take ferry to Kadikoy (Approx 30m)
·        From Kadikoy take Havatas shuttle or E11 or E10 bus to SAW (Approx 1h - 1h 30m kot)
·        Outbound flight

Expenses
(bagi yang mana mungkin boleh membantu ja J )

Simmit TL 1.25
Ayran TL 1.5
Buah berangan TL 10
Istanbul Card (Muzium kad) TL 85 x3 = 255
Tandas TL 1
Balek ekmek (fish sandwich) TL 8 x3 = 24
Ayaq apella TL 1.5
Simmit x2 & roti choc x1 TL 5
Poskad TL 2
Simmit TL 1 x3 = 3 (simmit dekat kedai runcit area rumah)
Ayran TL 1.5
Nescafe TL 0.5 x5 = 2.5
Shawarma + balek ekmek TL 18
Ferry to kadikoy x3 TL 5.25
Bus to Sabiha TL 10 x3 TL30

Journal
Athens (transit)
-         ✩tanya gate apa kat information desk lepastu brader tu suruh lari
-         lari lari naik connecting flight sampai nama kena panggil

CHECK transit time, like seriously. Mungkin juga sebab flight dari Cairo delay. We ALMOST didn’t make it to board the flight!! Haha. Lari sambil ketawa sebab dengar nama abah kena announce. “Ms. Jaulin” xD

·         Turkey
           ✩beg kena tinggal kat athens (p/s kalau transit bawah sejam, jangan letak beg kat baggage)
➠mula-mula ingat memang luggage lambat sebab transit skejap ja tadi kan
buat report dan dapat pilihan untuk luggage delivery ke airBnB ESOK atau datang airport balik malam nanti (next flight from Athens at 10Pmish rasanya). 
We decided to choose the later
·        airBnB senang cari sebab ada landmark
➠mungkin sebab ringan, tiada backpack kan xD
·        also, airBnB dia cool
➠first time masuk airBnB, sakai & rumah tu terus masuk list design rumah idaman

Minimalism at its best. Photo credit to Nakuden

·        tanya kaKay n Nakuden ktorg makan x balik rumah tu?
                        ➠beli Ayran rasanya, haha. Asked them and I forgot again, lulz.
·         pusing area rumah cari Istanbul Museum Pass
➠read here for more info about this card http://www.muzekart.com/en/museum-pass/about_27.html
➠tapi rasanya dulu search lagi link lain, ada yang bagi tips macamana boleh fully utilised the pass. GoGoGo!! Cari lagi, haha.
·        dapat kawan anjing baru untuk Kay
·         makan buah berangan
➠sedap! Sesuai makan masa ni sebab sejuk kan.

Nampak sedap kan? Atau kakak ni memang tengok semua makanan sedap? :p


·        jumpak brader karpet, Omar
➠jemput datang kedai mereka. I'll add their bussiness card here next time, sorry.
➠extra comment pasal dorg ni
·        makan balek ekmek (fish sandwich) kat Eminönü
➠ohemgeeeeee. Sedappppppppppppp xD
pekerja tu pandai (dan kacak) buang mostly semua tulang ikan
➠siram air limau, sedapppppppp

Fly me to Istanbul please!! Those are Ayrans in cup bottle(?) at the back. Credit to KaKay for the picture.
Wait, belakang tu abang hensem yang PANDAI BUKA TULANG IKAN CLEAN!! Hihi

·         depa try ayran buat pertama kalinya
➠officially my kind of drink. kaKay macam x suka sangat. Rupanya dia bakal suka Bosnian Coffee more!! Hahaha
·         explore hotel sana sini untuk beli museum pass, tengok tengok bila ke airport malam tu, baru perasan ada kiosk yang juai museum pass kat airport
➠habis kena bahan pasal ni. Tapi dapat view Blue Mosque dari 1 jalan ni

Tada!! Suka bila jalan-jalan terjumpa view macamni. Even the back of the Blue Mosque looks gorgeous :)
Picture credit to Nakuden.

·        trolley airport kena letak duit shilling
➠untuk masuk arrival hall tuntut beg, kena 1orang sahaja. Nasib Nakuden yang masuk, tegap sikit angkut 3 backpack sekali sebab yg pegang duit kaKay xD
·        nasi impit hangit
➠setelah seharian jalan tanpa backpack yang simpan semua makanan, makan balik ekmek pun macam rasa mau makan Brahim lagi. Kami masak nasi himpit konon untuk sarapan
➠Guess what? Tertidoq!! Bangun pagi tengok2 hangit dengan bekas tu sekali. Thank God, stove elektrik. Kalau tidak, masuk muka depan suratkhabar Istanbul rumah terbakar, hahahaha.
➠Bau hangit 1 rumah susah mau kasi hilang. Lulz
·        subuh kat masjid
➠sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkk xD tapi mana boleh fight dapat solat Subuh dalam Blue Mosque kan? Tenang ja rasa J

The muslimah section for the mosque situated at the back, okay?

·        it's snowing!
➠Saya tungguuuuu snow turun, tengok weather forecast patut jam 3pagi snowing (sebab tu bangun awal dan sedar nasi himpit hangit, haha!). Siap ada imaginasi bangun pagi tengok luar tingkap, snowing!! Down juga la bangun tu teda pun snow, haha. Wait, I guess He have something better in store for me.
➠Guess what? The moment keluar Blue Mosque lepas solat Subuh, tiba-tiba sedar 1 benda putih kecil landing d winter coat. And I was, “kaKay, snow!!” hahaha. Indeed, perancangan Allah tu cantik gila, kan?

Just want to show you how quick the weather changed that day. Dari keseronokan rasa first snow fall, pigi kesusahan jalan sebab macam hujan tu snow. Haha.

·         ✩Shasha jumpak Puteri Anis
➠sebenarnya lupa ni bila, kalau kaKay n Nakuden ingat, tolong ingatkan bila. Haha
➠Cuma ingat masa ni ada pakcik minta tolong snap gambar depan Blue Mosque
·        snowball fight!
➠Rasanya ini petang (masa azan Maghrib uolls, astaghfirullahhhhhh). Between Kay Khalid and Naqispear xD ada video, boleh PM kalau mau tengok, atau nanti la tunjuk (blackmailing, hehehe)
➠ada post d Insta story haritu. Masih senyum ketawa sendiri-sendiri bila tengok video tu xD
·        breakfast depan masjid
➠Ini paling confirm ada kopi susu (Nescafe 3in1 la, haha)
➠Simmit pun!! Ada ja pakcik jual Simmit depan Blue Mosque. Sedap!! Saya macam lambat pickup cara sebut Simmit ni sampai keluar tutorial sebut as “Demmit, Simmit!!” hihi
·        museum hopping day 1: (rasa mau buat entry lain untuk tempat-tempat yang kami lawat)
o  Tokape palace,
o   Hagia sofia,
o   Museum of Turkish and Islamic Arts
·         jejak sejarah Islam amboi
·        shasha ketagih balek ekmek
➠bukan yang kacak yang masak, banyak tulang. Meh.
·         museum hopping day 2: (told you my wish up there ^_^)
o   Hagia Irene,
o   museum of history of science and technology of Islam
·        shawarma sedap gila, murah pulak tu
➠take away sebelum gerak naik feri seberang ke airport
·         tak sempat makan mussel bebanyak T-T
➠ya Allahhhhhh. Sedapnya benda niiiiii. Nakuden cari mau bagi rasa dari day 1 tapi alhamdulillah rezeki kami exactly sebelum mau gerak naik feri. Hikmahnya? Kalau jumpa lagi awal, pokai!! Hahahaha
·        lunch ataih feri tengok seagull
➠kami ja antara orang-orang kebal stay luar. Sejuk, haha. But it was fun. Masa ni memang dapat rasa suda “I’m feeling homesick to a place that is not even my hometown”. Haven’t leave you yet I feel that I’m gonna miss you so much after this (ayat ni ntah untuk Istanbul atau untuk si kacak tukang masak balik ekmek? Haha)
·        salah bajet harga bas pi airport lepastu tak cukup duit (it's 10 lira)
 take note about this, please. Nanti ada yang lari ke ATM terdekat untuk withdraw duit. Haha. Cause we did!! Eh no, kaKay n Nakuden ja pegi lari, hahahaha.
·         ada orang tertinggal jam
➠mula-mula ingatkan tertinggal. Rupanya tidak, ada orang tu tertinggal earphone. Lulz.
➠Tapi sekarang pun jam tertinggal somewhere in Egypt, huhu.

Through our apartment window. First day, it was raining. Second day, heavy snow. Last day, sunny.
Just like our favourite instant 3in1 Nescafe :)

Sejukkkkkkkkkkk.

Presenting to you my two other travel buddies :) The youngest on the left is Nakuden @ Dean @ Naqispears. The eldest in the middle is KaKay @ Khalulu @ Kay Khalid

So, done for our first pit stop Istanbul, Turkey. More to come, inshaAllah. Whoever you are out there that might read this, I hope it would benefits you in any way. Kalau tiada manfaat, istighfar cepat-cepat. Hahahaha

Those "Jurnal" part, we actually use this one app where we can share the notes and edit it by ourselves. Jadi jangan terkejut la kalau sekejap macam Gombak ayatnya, sekejap macam Kedah, lepastu macam Sabah. Sekejap bahan yang ni sekejap bahan yang tu. Hihi. I can say the jurnal act as our collective diary during the trip :) 


All the pictures are raw, without any editing. Lagi telus, hahahaha. Malas edit tu mengaku ja la. Yang ambil gambar cantik dan rajin edit hanyalah Nakuden. Lagi dua rajin edit kalau masuk Instagram, hihi. Sorry.

Till then, inshaAllah :)

Friday, July 31, 2015

I Can't Brain This.

Lelaki,
Bukankah harusnya kau membimbing?

Bila lemah hati ini,
Kau berbuat apa?
Bermain hingga puas?
Akhirnya,
Habis madu sepah dibuang.

Sepah?
Rasa seperti sampah,
Surat khabar di tepi pelusuk kaki lima,
Dibeli dengan murah,
Tidak sedap beritanya,
Lepas habis baca,
Kau buang begitu sahaja.

Lelaki,
Bukankah harusnya kau melindungi?

Lelaki,
Sebenarnya mahumu apa saja?

010815





There are times when love is not everything. 
Sometimes its just bullshit. 
#quoted #TheBatmanReturns

Monday, July 20, 2015

Kesayangan hati di kejauhan.

Kadang setahun,
Mungkin kurang lebih,
Kali ini sah lebih lama.

Untuk pertemuan seterusnya,
Untuk satu lagi lambaian mesra,
Untuk sekali lagi merasa kasih cinta,
Untuk sedetik lebih lagi rasa dekat bersama,
Untuk sebuah lagi kotak memori tercipta.

Diusahakan hati bertahan,
Ditutupkan telinga dari tohmahan,
Dikuatkan jasad menempuh rutin harian,
Dikeraskan hati melawan perasaan,
Dikukuhkan bahu menampung dugaan,
Digandakan usaha lebih dari luar biasa.

Walau nanti perpisahan semula itu kelaziman kita,
Akan aku tunggu saat dan waktu,
Akan aku hargai biar sedetik lebih dapat kita bersama.

5 Syawal 1436H




Tipu la kalau cakap nda rindu kan?
Fitrahnya manusia yg pernah punya memori bersama.
Salam lebaran  kesayangan.

Saturday, July 11, 2015

Tunggukan aku.

Dum dum dum dum dum dum dum,
gear bergerigi  berputar ligat,
setia mengikut pusingan si rantai getah.

Si anak kecil leka menguis tanah di tepi pam air itu,
sedang ayahnya menyabit rumput liar penuh kesungguhan.

Rendah aku  menggumam nada,
sonata musim bunga berlagu indah,
dan leka aku menapak girang,
bersama senyum di bibir yang tidak lekang,
di denai pemisah kotak sawah mereka.

Ikatan kotak memori terungkai,
ketika kita bersama-sama melalui denai petak sawah,
berdiri teguh bersama bawah hujan dan panas,
menghempas batang-batang padi hingga tinggal butir-butir beras terhasil,
mengukur jarak selang antara pokok-pokok sawit tanaman kita,
berkongsi kuih-muih, roti canai, maggi dan juga secawan kopi bersama.

Aku suarakan kerinduanku pada saat-saat dulu,
lalu dia balas dengan harapannya yang satu,
untuk saat mendatang yang akan  dikongsi bersama lagi,
setahun dua yang bakal berbaki,
tunggukan kepulangan aku ya?
Abah.

140515

* berjumpa tidak jemu, berpisah  tidak gelisah. Rindu  mencelah di  antara itu.

Monday, July 6, 2015

Formula

Ucapan maaf itu masih terngiang di telinga,
bayang terakhir itu masih dilihat di tubir mata,
dan airmata gugur bagai tiada henti,
tengah hari bawah panas terik matahari.

Aku sangka perpisahan normalnya punya formula sama,
bawah rintik hujan sembunyi riak duka di wajah,
hawa udara sesejuk  hutan tropikal,
seakan mengerti rasa hati saat itu.

Pernahkah kau rasa?
berpisah di luar formula biasa,
percayalah,
tiada lagu cinta duka mampu memaknakan rasa hari itu.

Kerana di dunia tiada yang abadi,
kerana sebuah perpisahan membawa kepada permulaan yang baru,
kerana apa yang ada ini itulah harapan kita,
kerana tidak semua yang diingini harus dimiliki,
kerana setiap kata-kata pesanan mereka itu harus aku akui,
benar walau pedihnya menular.

Nama itu sering aku seru tanpa sedar,
sekali dua juga dia muncul dalam mimpi tanpa sebab,
lagu-lagu cinta seakan memerli aku memancing cerita tentang dia,
dan sekali lagi,
rasa hari panas terik itu menerjah pantas mengalir lagi airmata.

Kita di  bawah bumbung langit yang sama,
menyaksikan matahari dan bulan yang sama,
bezanya cuma kau tidak lagi di sini,
maka ini pengakuan terlewatku,
diteguhkan hati berikrar untuk melepaskan semuanya,
spastik otot muka mengukir senyum saban hari,
basah lisan menuturkan doa terbaik tanpa henti,
kuat pasak percaya kepada Yang Maha Esa.

Dan kesekian kalinya lagi,
hati membisik namamu tanpa sedar.

-050515-



p/s: Proudly congratulating my dentist of my life for finishing their BDS. I cried a lot already. Tears of happiness for their achievement. Also tears of thinking my coming years without them. Motivation, study smart n hard, graduate and join them in Malaysia, soon inshaAllah. XOXO Atul n Mici.

Saturday, July 4, 2015

Sungguh Indah.

Hai, kau datang kepadaku, seganmu menyapaku, jantung berdegup kencang, kau sungguh bersinar nyata mempesonakan,
dan dalam separuh sedar mimpiku,
di bawah sedar akal,
setapak dan setapak lagi, aku ke situ, dan tegak setia di sisimu. Senyummu mencairkan jiwa, tatap matamu menggetarkan rusuk kiri, oh ingatlah senyumanku dalam kalbumu, kerana beberapa kali dalam sehari, inginku katakan padamu, "sungguh indah". Terima kasih menemukan aku,
ku lihat kau sentiasa sama, melihatmu tersenyum sahaja, degup jantungku celaru, bagai bersiar-siar di awanan, bagai terkena sumpahan, izinkan aku melebarkan sayapku untukmu,
setapak dan setapak lagi,
ke sisimu. Musim kau dan aku datang lagi, ingatkah? Ya hari pertama itu, bertuahnya aku akan pertemuan itu, dan kali ini, pertemuan ini, terbang ke kamu, dekat denganmu, setia denganmu, akan ku katakan sekali lagi, "sungguh indah".

210515

kalau kau lagi senang faham bait-bait indah lirik lagu dari puisi,
nah, jemputlah.


Saturday, April 25, 2015

Bintang Harapan

spring ~ you ~ blessing ~ happiness ~ calmness ~ alhamdulillah


Seanggun warna senja menyapa,
bersambut musim yang di jalani,
semegah bintang penuh harapan,
mencoba tuk terangi dalam gelapnya malam.

Ungkapanku.
untuknya,
untuk seorang lelaki,
yang puja dan  ku puji,
takkan ku rasa jenuh,
dirinya di hatiku.

Parasnya sungguh indah sekali,
menggugah rasa tuk ingin selalu bersamanya,
senyumnya menggetarkan jiwaku,
merasap indah dalam alunan syair laguku.

Tuesday, April 7, 2015

kelas praktikal nephro Ya Rabbana

Tangis semalam bagai hujan musim tengkujuh,


Sangkanya rasa itu fitrah manusiawi,


Silap di situ saudari,


Andai fitrah itu mendekatkan ke Pencipta,


Patutnya musim tengkujuh sudah berganti musim bunga.


p/s: Tiada gambar, telipun rusak kasiannnn..

Saturday, March 28, 2015

ucapan selamat

STEP3 event from my point of view :)

selamat malam,
harapku cuma satu,
keterlaluan yang terlalu,
ucapan darimu sayangku,
yang tersayang.

apakah mahuku?
tenang dalam bahtera mimpi?
berlayar masuk ke mimpimu?
gelojoh sungguh hatiku bukan?

rupanya aku terleka,
hati terikat kepada dunia,
bahagia yang sementara,
sungguh aku terpana,
setelah ku singkap makna penantianku.

baca doa,
mesej abah,
"tidur la, gudnite"
dan Tuhan Maha Tahu,
sayang yang ku tunggu belum sampai masanya,
sayang raja hidupku belum habis ku hayati,
sayang dariNya juga yg ada sejak azali.


Thursday, March 26, 2015

Hidup seperti hidup.

Masriya Palaza, trough my kind of perspective :)

Katamu tidak mahu punya penyesalan,
Hingga Tuhan bentangkan bukti,
Bahawa takdir hidup kita empunya Dia,
Yang telah pergi redhakanlah,
Yang masih ada,
Ayuh hidup bersungguh.
Asal kau celik mata,
Dia punya hukum,
Jangan kau langgar.


Wednesday, June 26, 2013

sayang dia kepada Dia :)

Assalamualaikum w.b.t. :)

28 Jun 2013..
owh,itu esok,bukan hari ini,hehe :p esok balik,yeay!!
nampak ka yeay tu fake betul?haha.. :p

comel kan?Minnie Mouse sayang Mickey Mouse!! :)
andai saya Minnie Mouse..Mickey Mouse saya ada banyak xD
don't take me wrong!!hehe..sayang tu bahagi2 la sama yang sepatutnya memiliki :)

terus terang tahun ni saya belajar untuk membahagikan kasih sayang sebaiknya,ceh..macam matang..tidak,belajar tidak bermakna saya sudah sempurna membahagikannya..sampai saat ni pun belum rasanya..masih banyak perlu belajar,masih selalu tergelincir masuk lubang kesilapan.. ^_^

emangnya manusia itu perfect?nggak bukan?
itu penangan tengok video2 X Factor Indonesia tu,haha.. :p

(: Siswa AQ Family :)

gambar family paling lengkap,dengan bantuan Photoshop edisi terbaru xD


ini family baru untuk sesi 2012/13 ..dan ini family yang amazing!!hehe..amazing as in amazing!!wa cakap sama lu!!lulz..
where I learnt a lot,tons of new expirience :') 
terus terang rasa berat hati mau balik tinggalkan family yang ini :'( 
saya janji sama ketua saya xmau nangis esok..boss,there are too many person to be missed,huuuuu...
sila la Minnie Mouse kuat esok ya? :) cakap mau jadi kuat kan?

Bukan apa,takut nnt terbiasa nangis. Senang nangis. Tu je :)
kalau juga nangis sebab bertaubat,itu yalah bagus..kan?checkmate,hehe..


  • untuk sedar saya cakap laju betul sampai orang kadang-kadang xdapat tangkap,saya belajar dari family yang ini xD



  • untuk belajar lebih tentang agama,dari sini juga :)



  • untuk belajar sayang orang yang tiada pertalian darah dari pelbagai negeri,pelbagai loghat,pelbagai perangai,pelbagai cara ketawa..family yang ini la :)



  • untuk belajar save duit monthly untuk tunggu November nanti,sini la juga..main kutu!!hahaha..



  • untuk belajar kerja tu buat sama-sama lagi best,efisyen,mantop dan gemilang..I never feel alone in doing works since I meet them :)



  • untuk belajar jaga diri,hargai diri lebih,be a better muslimah walaupun makin pro membahan n memaku orang..hehe :)



  • untuk belajar brainstorm apa la orang sukan ni boleh bagi kelainan..sebab itu la papa kami minta yang anak dia 2 orang ni macam belum jumpa,lulz..



  • untuk rasa teruja bila la meeting seterusnya,haha..bila la saat seterusnya untuk Allah temukan lagi kami..untuk rasa rindu untuk kumpul sama-sama..untuk rasa incomplete bila xcukup ahli,walau seorang :)
akhir kalam,akan rindu family ni :') rindu attiq :') rindu family Scorpions :') rindu keluarga bahagia :')

andai ini yang terakhir,semoga Allah redha ^_^

Monday, June 24, 2013

takdir penentu :)

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah,
peperiksaan akhir sebagai pelajar Tahun3 Perubatan Universiti Zagazig telah berakhir :)
hari ni field training Parasite,Cairo dan Alexandria..InshaAllah :)

siapa sedar, masa berlalu tidak tunggu siapa-siapa..
Tahun3 berakhir, pernah terfikir untuk sampai tahap ini? Tidak xD

usai menjawab, semua orang pesan berdoa banyak-banyak,hehe..Tidak tahu kenapa tuan punya diri ini ketawa di hujung ayat itu..Mungkin belum sampai tahap redha akan jawapan,Allah..

Cepatlah sampai rasa itu, rasa redha akan jawapan peperiksaan dan tawakal yang menggunung terhadapNya :) inshaAllah..

maka, biar soalan ikhlas berdoa itu mati di sana..

Tiap hambaNya punya rahsia teragung antara hamba dan penciptaNya..
IKHLAS :)

ada video mahu dikongsi :)
janji wajib ditunaikan..
janji makan tepat waktu dan banyak lagi berkhasiat,haha..
janji jangan buang video ini untuk disemadikan di entry ini :p


semoga ketua saya sukses selalu :) majulah Exco Sukan SISWA AQ Sesi 2012/13, yeay!!

janji ditepati,yeay!! excited tiba2,haha..Am proud of my boss for challenging himself to made this video and submit it :)
penat tau balik-balik tanya bila mau submit :p haha..

mungkin ini entry terakhir..
sebelum pulang ke kampung halaman,ceh..
sebelum masuk Tahun4,ameeeeeennnnnnn!!!! ^_^

banyak berlaku tahun pengajian kali ini..
semua membawa hikmah..
suka dan duka..semua kita simpan jadi kenangan,ya? :)
anggap semua tu ujian,Dia bagi susah atau senang..dua-dua tu ujian :)

akhir sekali,ucapan Hari Kelahiran untuk sahabat yang tidak pernah bersua dan tidak akan bersua di dunia ini..
Hidayah, indah nama tu macam indah peribadinya :)
semoga tenang di sana,inshaAllah..
dan terima kasih sebab buat kawan kita tu jadi a better man..
terima kasih Hidayah,al-Fatihah untukmu :)
dan takdir penentu, saya rasa amazing akan takdir buat pertama kalinya :)
terima kasih ^_^

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya):"Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidak benarlah apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

baiklah, mengundur diri..andai ini terakhir, mohon Dia redha :)

Saturday, May 11, 2013

dari Dia kepada Dia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh (^_^)v

pernah terfikir,kenapa begitu dan bukan begini?
pernah terfikir,bagaimana nanti?

kenapa Dayah yang di sana? Kenapa bukan saya? Kenapa di sini?
bilamana Dayah pernah cakap sendiri kepada tuan punya diri ini..
"dik,nasib baik ko nda pigi..kalau ko pigi,nda la ak dapat ALAM ni.."

bila dapat peluang kedua, kali ni lagi dekat. Tinggal bagi kata ucapan persetujuan, dan mimpi jadi kenyataan. Mimpi pertama pernah ada dalam diri sejak tahu apa makna cita-cita sebenarnya.
bila sahabat bertanya,
"Sha,ko nda kena call siapa-siapa?YS call aku tadi suruh datang pejabat dorang untuk temuduga. Ko nda kena call?"
"xda tau. Ko la tu dapat tu. Jawab bagus2 ar.."
dan bila sebenarnya, tuan punya diri dapat panggilan seminggu sebelum itu lagi.

bila kita rasa kita takut untuk hadapi satu hari tu, di mana kita akan jumpa sesuatu yang kita lari selama ni. Yang kita rasa kita kuat, tapi ragu-ragu tu ada. Takut sampai hari tu, kita jatuh tesungkur menangis dan sedar kita sebenarnya selama ni buat-buat kuat. TAKUT.

"ada sebab kenapa Dia letak Shasha di situ"

bila kita sangka semua benda di dunia ni, sangat la disayangi, sangatlah diharapkan. 
Tiba-tiba datang satu peringatan dari satu sumber, mengingatkan tuan punya diri.

"setiap yang ada ni Allah yang punya. Dia bagi, nanti Dia ambil balik. Mungkin semalam orang tu ada, tapi kalau hari ini dia tiada, menjauh, Allah berhak buat begitu. Sebab itu bukan hak milik kita sebenarnya pun."
bila sedar telefon bimbit SamsungW yang bergetah sebab bateri kembung tu, bukan hak milik tuan punya diri pun, tapi sebenarnya milik Dia :') banyak lagi sebenarnya. Si dia yang diingat selalu tu pun ternyata la bukan milik tuan punya diri #checkmate 

ya Allah,
untuk hari ini,
untuk hari semalam,
untuk hari yang dulu,
untuk masa-masa riang ketawa gembira,
untuk jurang masa yang belum tahu sampai bila,
tuan punya diri mohon,
mereka yang disayangi,
dalam lindunganMu sentiasa.
AMIN 

untuk hari ini, inshaAllah untuk kemudian nanti ^_^

Grab A Button

Lilypie Kids Birthday tickers