Monday, June 24, 2013

takdir penentu :)

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah,
peperiksaan akhir sebagai pelajar Tahun3 Perubatan Universiti Zagazig telah berakhir :)
hari ni field training Parasite,Cairo dan Alexandria..InshaAllah :)

siapa sedar, masa berlalu tidak tunggu siapa-siapa..
Tahun3 berakhir, pernah terfikir untuk sampai tahap ini? Tidak xD

usai menjawab, semua orang pesan berdoa banyak-banyak,hehe..Tidak tahu kenapa tuan punya diri ini ketawa di hujung ayat itu..Mungkin belum sampai tahap redha akan jawapan,Allah..

Cepatlah sampai rasa itu, rasa redha akan jawapan peperiksaan dan tawakal yang menggunung terhadapNya :) inshaAllah..

maka, biar soalan ikhlas berdoa itu mati di sana..

Tiap hambaNya punya rahsia teragung antara hamba dan penciptaNya..
IKHLAS :)

ada video mahu dikongsi :)
janji wajib ditunaikan..
janji makan tepat waktu dan banyak lagi berkhasiat,haha..
janji jangan buang video ini untuk disemadikan di entry ini :p


semoga ketua saya sukses selalu :) majulah Exco Sukan SISWA AQ Sesi 2012/13, yeay!!

janji ditepati,yeay!! excited tiba2,haha..Am proud of my boss for challenging himself to made this video and submit it :)
penat tau balik-balik tanya bila mau submit :p haha..

mungkin ini entry terakhir..
sebelum pulang ke kampung halaman,ceh..
sebelum masuk Tahun4,ameeeeeennnnnnn!!!! ^_^

banyak berlaku tahun pengajian kali ini..
semua membawa hikmah..
suka dan duka..semua kita simpan jadi kenangan,ya? :)
anggap semua tu ujian,Dia bagi susah atau senang..dua-dua tu ujian :)

akhir sekali,ucapan Hari Kelahiran untuk sahabat yang tidak pernah bersua dan tidak akan bersua di dunia ini..
Hidayah, indah nama tu macam indah peribadinya :)
semoga tenang di sana,inshaAllah..
dan terima kasih sebab buat kawan kita tu jadi a better man..
terima kasih Hidayah,al-Fatihah untukmu :)
dan takdir penentu, saya rasa amazing akan takdir buat pertama kalinya :)
terima kasih ^_^

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya):"Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidak benarlah apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

baiklah, mengundur diri..andai ini terakhir, mohon Dia redha :)

1 comment:

Grab A Button

Lilypie Kids Birthday tickers