Friday, July 31, 2015

I Can't Brain This.

Lelaki,
Bukankah harusnya kau membimbing?

Bila lemah hati ini,
Kau berbuat apa?
Bermain hingga puas?
Akhirnya,
Habis madu sepah dibuang.

Sepah?
Rasa seperti sampah,
Surat khabar di tepi pelusuk kaki lima,
Dibeli dengan murah,
Tidak sedap beritanya,
Lepas habis baca,
Kau buang begitu sahaja.

Lelaki,
Bukankah harusnya kau melindungi?

Lelaki,
Sebenarnya mahumu apa saja?

010815





There are times when love is not everything. 
Sometimes its just bullshit. 
#quoted #TheBatmanReturns

Monday, July 20, 2015

Kesayangan hati di kejauhan.

Kadang setahun,
Mungkin kurang lebih,
Kali ini sah lebih lama.

Untuk pertemuan seterusnya,
Untuk satu lagi lambaian mesra,
Untuk sekali lagi merasa kasih cinta,
Untuk sedetik lebih lagi rasa dekat bersama,
Untuk sebuah lagi kotak memori tercipta.

Diusahakan hati bertahan,
Ditutupkan telinga dari tohmahan,
Dikuatkan jasad menempuh rutin harian,
Dikeraskan hati melawan perasaan,
Dikukuhkan bahu menampung dugaan,
Digandakan usaha lebih dari luar biasa.

Walau nanti perpisahan semula itu kelaziman kita,
Akan aku tunggu saat dan waktu,
Akan aku hargai biar sedetik lebih dapat kita bersama.

5 Syawal 1436H




Tipu la kalau cakap nda rindu kan?
Fitrahnya manusia yg pernah punya memori bersama.
Salam lebaran  kesayangan.

Saturday, July 11, 2015

Tunggukan aku.

Dum dum dum dum dum dum dum,
gear bergerigi  berputar ligat,
setia mengikut pusingan si rantai getah.

Si anak kecil leka menguis tanah di tepi pam air itu,
sedang ayahnya menyabit rumput liar penuh kesungguhan.

Rendah aku  menggumam nada,
sonata musim bunga berlagu indah,
dan leka aku menapak girang,
bersama senyum di bibir yang tidak lekang,
di denai pemisah kotak sawah mereka.

Ikatan kotak memori terungkai,
ketika kita bersama-sama melalui denai petak sawah,
berdiri teguh bersama bawah hujan dan panas,
menghempas batang-batang padi hingga tinggal butir-butir beras terhasil,
mengukur jarak selang antara pokok-pokok sawit tanaman kita,
berkongsi kuih-muih, roti canai, maggi dan juga secawan kopi bersama.

Aku suarakan kerinduanku pada saat-saat dulu,
lalu dia balas dengan harapannya yang satu,
untuk saat mendatang yang akan  dikongsi bersama lagi,
setahun dua yang bakal berbaki,
tunggukan kepulangan aku ya?
Abah.

140515

* berjumpa tidak jemu, berpisah  tidak gelisah. Rindu  mencelah di  antara itu.

Monday, July 6, 2015

Formula

Ucapan maaf itu masih terngiang di telinga,
bayang terakhir itu masih dilihat di tubir mata,
dan airmata gugur bagai tiada henti,
tengah hari bawah panas terik matahari.

Aku sangka perpisahan normalnya punya formula sama,
bawah rintik hujan sembunyi riak duka di wajah,
hawa udara sesejuk  hutan tropikal,
seakan mengerti rasa hati saat itu.

Pernahkah kau rasa?
berpisah di luar formula biasa,
percayalah,
tiada lagu cinta duka mampu memaknakan rasa hari itu.

Kerana di dunia tiada yang abadi,
kerana sebuah perpisahan membawa kepada permulaan yang baru,
kerana apa yang ada ini itulah harapan kita,
kerana tidak semua yang diingini harus dimiliki,
kerana setiap kata-kata pesanan mereka itu harus aku akui,
benar walau pedihnya menular.

Nama itu sering aku seru tanpa sedar,
sekali dua juga dia muncul dalam mimpi tanpa sebab,
lagu-lagu cinta seakan memerli aku memancing cerita tentang dia,
dan sekali lagi,
rasa hari panas terik itu menerjah pantas mengalir lagi airmata.

Kita di  bawah bumbung langit yang sama,
menyaksikan matahari dan bulan yang sama,
bezanya cuma kau tidak lagi di sini,
maka ini pengakuan terlewatku,
diteguhkan hati berikrar untuk melepaskan semuanya,
spastik otot muka mengukir senyum saban hari,
basah lisan menuturkan doa terbaik tanpa henti,
kuat pasak percaya kepada Yang Maha Esa.

Dan kesekian kalinya lagi,
hati membisik namamu tanpa sedar.

-050515-



p/s: Proudly congratulating my dentist of my life for finishing their BDS. I cried a lot already. Tears of happiness for their achievement. Also tears of thinking my coming years without them. Motivation, study smart n hard, graduate and join them in Malaysia, soon inshaAllah. XOXO Atul n Mici.

Saturday, July 4, 2015

Sungguh Indah.

Hai, kau datang kepadaku, seganmu menyapaku, jantung berdegup kencang, kau sungguh bersinar nyata mempesonakan,
dan dalam separuh sedar mimpiku,
di bawah sedar akal,
setapak dan setapak lagi, aku ke situ, dan tegak setia di sisimu. Senyummu mencairkan jiwa, tatap matamu menggetarkan rusuk kiri, oh ingatlah senyumanku dalam kalbumu, kerana beberapa kali dalam sehari, inginku katakan padamu, "sungguh indah". Terima kasih menemukan aku,
ku lihat kau sentiasa sama, melihatmu tersenyum sahaja, degup jantungku celaru, bagai bersiar-siar di awanan, bagai terkena sumpahan, izinkan aku melebarkan sayapku untukmu,
setapak dan setapak lagi,
ke sisimu. Musim kau dan aku datang lagi, ingatkah? Ya hari pertama itu, bertuahnya aku akan pertemuan itu, dan kali ini, pertemuan ini, terbang ke kamu, dekat denganmu, setia denganmu, akan ku katakan sekali lagi, "sungguh indah".

210515

kalau kau lagi senang faham bait-bait indah lirik lagu dari puisi,
nah, jemputlah.


Grab A Button

Lilypie Kids Birthday tickers